Friday, April 10, 2015

Ketua Menteri Sarawak merasmikan Pesta Birumuh di Serian

SERIAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Ade-nan Satem telah merasmikan Pesta Birumuh 2015 yang diadakan pada 11 hingga 13 April depan di Stadium Mini Serian pada jam 10 pagi hari ini.

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Datu Ik Pahon Joyik, pesta itu diadakan bertujuan memelihara dan mengekalkan budaya serta tradisi masyarakat Bidayuh dan kaum lain seperti Melayu dan Iban yang turut menuai padi.

“Ia merupakan acara tahunan kali ketiga anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Serian dan agensi awam terlibat.

“Seperti rutin tahun sebelumnya, perarakan kontinjen dari kampung terlibat dengan memakai pakaian tradisional atau kostum tertentu akan menjadi tarikan utama dan dijangka menarik lebih ba-nyak penyertaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama AJK Pesta Birumuh 2015 di sini semalam.

Pengisian program turut menyaksikan 200 peserta motosikal berkuasa tinggi dari negara jiran Indonesia dan Brunei yang menyertai Serian Bike Gathering anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Bahagian Samarahan.

Ia merupakan kerjasama Kelab Permotoran dan Kelab TEGAR Bikers serta akan mengadakan pameran dan rondaan di sekitar kawasan Serian bermula jam 8 pagi.

Selain itu, Majlis Daerah Serian (MDS) akan meng-adakan International Remote Control (RC) Boat, Car and Helicopter .

Pihak Kuching RC Power-boat Club di Tasik Danu Se-rian telah menerima penyertaan 700 peserta dengan 1,000 bot setakat ini.

Penutupan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 April oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Sesi karaoke Birumuh Idol dan perasmian Stadium Mini Serian juga akan diadakan pada hari yang sama.





No comments:

Post a Comment