Thursday, April 18, 2013

Riot optimis BN kekal pertahan Parlimen Serian

KUCHING: Calon tunggal Bumiputera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Parlimen Serian Datuk Richard Riot Jaem optimis Barisan Nasional (BN) kekal mempertahankan Serian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Riot yang juga Timbalan Menteri Luar,bagaimanapun berkata, pada masa yang sama beliau akan terus bekerja gigih untuk mendapatkan kemenangan kepada BN di Parlimen Serian.
“Saya optimis BN akan kekal menang di Serian, tetapi saya akan terus bekerja gigih.
“Kita telah menyaksikan bahawa BN melakukan pelbagai transformasi di bawah kepimpinan Perdana Menteri termasuk transformasi kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Sarawak yang dipengerusikan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud justeru mengumumkan 31 calon BN pada PRU13 di Ibu Pejabat PBB di sini, kelmarin.
Riot yang juga Timbalan Presiden SUPP berkata, beliau amat berterima kasih kepada pucuk kepimpinan BN di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri kerana memberi peluang kepadanya untuk terus bertanding semula pada PRU13 ini.

AGENDA PEMBANGUNAN: Uggah komited meneruskan agenda pembangunan kerajaan BN terutamanya pembangunan kawasan luar bandar.
Kemenangan pertama Riot di Serian pada 1990 atas tiket Bebas, bagaimanapun dipilih semula pada tahun 1995 atas tiket BN.
Sementara itu pada PRU 2008, beliau berjaya menewaskan Belayong Jaya (SNAP) dengan majoriti 15,793 undi (85 peratus) sementara Belayong hanya 2,366 undi (13 peratus).
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas yang turut dicalonkan semula mempertahankan Parlimen Betong melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri kerana memberi peluang kepada beliau bertanding semula.
“Bagi saya ini adalah satu tanggungjawab yang saya akan pikul untuk meneruskan program pembangunan yang telah dijalankan oleh BN di Betong.
“Ini peluang kita berterima kasih kepada kerajaan BN kerana telah membawa banyak perubahan dalam masa lima tahun lalu dan perubahan-perubahan ini telah meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan ia telah nyata,” kata Naib Presiden Kanan PBB itu.
Pada PRU 2008, Uggah bertanding menggunakan tiket BN di Parlimen Betong telah menang dengan mendapat undi sebanyak 13,708 dan berjaya menewaskan calon lawan, Edmund Stanley Jugol Benedict Sandin (SNAP) dengan mendapat 1,999 undi.
Uggah menjelaskan, beliau komited untuk meneruskan agenda pembangunan kerajaan BN terutama pembangunan kawasan luar bandar yang pasti akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka.

YAKIN: Rohani yakin Batang Lupar akan kekal sebagai kubu kuat BN.
“Kita mahu pengundi-pengundi di kawasan saya terus memberi sokongan padu kepada BN.
“Dengan adanya kemenangan itu nanti ia akan menyumbang kepada jumlah kerusi persekutuan dan menentukan Perdana Menteri akan terus menjadi milik kita supaya program transformasi yang dijalankan akan diteruskan,” katanya.
Bagi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim yang turut dicalonkan semula mempertahan kerusi Batang Lupar menjelaskan, beliau yakin Batang Lupar akan kekal sebagai kubu kuat BN.
“Saya bersyukur atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk kekal bertanding di Batang Lupar.
“Insya-Allah… Batang Lupar akan kekal sebagai kubu kuat BN,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di sini semalam.
Rohani, ahli politik wanita paling berpengalaman di negeri ini, memenangi kerusi Parlimen buat penggal kelima dengan mempertahankan kerusi Batang Lupar pada 2008.
Pada PRU12, Rohani berjaya mengalahkan calon PAS Abang Eddy Allyanni dengan mendapat 11,015 undi (77 peratus) apabila pihak lawan hanya mendapat 2,923 undi (20 peratus) di Parlimen Batang Lupar.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/18/riot-optimis-bn-kekal-pertahan-parlimen-serian/#ixzz2QogTqTwi

No comments:

Post a Comment